Monday, November 29, 2010

8 lokasi untuk mencari pasangan anda

 8 lokasi untuk mencari pasangan anda

1.Perpustakaan : Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu untuk mencari pasangan. Kata orang"sambil menyelam sambil minum air"

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach" gadis yg kamu suka. Hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas. Tentu si gadis tu takkan marah. Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!

2.Pusat Boling : Salah satu tempat yg di gemari oleh remaja. Apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling. Kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah. Mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??

3.Pusat beli-belah : Pasti ramai yg tidak percaya. Tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah. Tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu. Oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang. Mana tahu mungkin kamu dipikat di sana.

4.Tempat seminar/camping : Kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping. Mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu. Selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya, jangan menolak. Mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana. Menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.

5.Internet : Wah ! Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini. Ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini. Cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet. Tidak kurang juga perkenalan melalui "chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin. Cubalah siapa tahu rezeki kamu. Kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'. Tapi awas ! BAnyk juga yg penipu. Selamat berjaya!

6.Kenduri Kahwin : Pasti ade yg gelak bila baca tips ini. Tapi banyak yg berkesan tau! Pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan. Jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan. Selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti?? HEHE.

7. Universiti/sekolah : Sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai. Dah kenal barulah cinta kan?? Jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti agar kewujudan kamu akan di sedari. Contohnya sukan,kelab, dan sebagainya. Pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.

8.Kafe : Daripada kamu terperap di rumah. Apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe. Kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif. Tentu yg melepak di situ juga yg best-best. Siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu?? HAHA.


So kepada sesiapa yang masih single, cube la tips nie okay? 
Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchange Links